Model Kefasilitatoran yang Lebih Baik
seseorang fasilitator itu adalah sebagai pencabar yang memberi cadangan
kepada kumpulan dengan mencuba kebijaksanaan mereka bagi mencapai
kejayaan dan dengan memberikan sepenuh tanggungjawab kepada peserta.
Model bagi fasilitasi yang lebih baik bertujuan membolehkan:
1. Kumpulan mengadakan perbincangan secara terbuka dan mendalam bagi mendapatkan sesuatu keputusan.
2. Fasilitator membantu kumpulan mengurus elemen dan sub-elemen dalam
‘The model For Successful Learning’. Fasilitator selalu menggunakan
model ini sebagai rujukan mereka memahami apa yang perlu dilakukan oleh
kumpulan semasa mahu mencari keputusan yang baik.
3. Fasilitator membantu kumpulan mencapai matlamat menggunakan
penilaian dan maklum balas bagi mengawasi bagaimana perbincangan
dijalankan dan bagaimana memperbaikinya.
4. Fasilitator menggunakan komunikasi yang berkesan dan membantu
kumpulan memperbaikinya dengan menggunakan model-model komunikasi yang
berkesan.
5. Fasilitator akan hanya campur tangan dalam keadaan perlu, fungsi
yang utama adalah memudah cara. Kenyataan ini bermaksud fasilitator
membantu kumpulan menguruskan kumpulannya daripada segi potensi,
persembahan atau kaedah interaksi mereka. Fungsi istimewa seseorang
fasilitator itu adalah sebagai pencabar yang memberi cadangan kepada
kumpulan dengan mencuba kebijaksanaan mereka bagi mencapai kejayaan dan
dengan memberikan sepenuh tanggungjawab kepada peserta.
Fasilitator memberi bantuan kepada kumpulan peserta sehingga berjaya
menyelesaikan masalah dengan memberikan cadangan. Fasilitator juga
membantu kumpulan menggunakan alatan yang pelbagai bagi memperkayakan
kaedah mencari jawapan kepada persoalan atau masalah maklumat serta
membimbing membuat keputusan sehingga memahami cara menyelesaikan
masalah secara kumpulan.
Dipetik daripada: Bab 11 buku Panduan Menjadi Fasilitator Efektif
Fasilitator adalah orienter, iaitu mendefinisikan kedudukan kumpulan dan matlamat kumpulan dalam membuat kesimpulan serta mengenal pasti jarak antara kedudukannya dengan matlamat yang dituju.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan menggerakkan kumpulan LDK seorang fasilitator bersama kumpulannya mestilah dapat melaksanakan perkara-perkara berikut:
1. Menawarkan cetusan idea, iaitu mereka akan mengemukakan cadangan yang baru kepada kumpulan.
2. Pencari Maklumat, iaitu mereka akan mencari maklumat masing-masing yang boleh dipercayai seperti fakta yang boleh digunakan oleh kumpulan dalam menyelesaikan masalah.
3. Pencari Pendapat, iaitu mencari penilaian yang berkaitan atas cadangan berkaitan yang dianggap penting.
4. Pemberi Maklumat iaitu, memberi maklumat yang benar atau berkaitan dengan pengalaman peribadi yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi.
5. Pemberi Cadangan, iaitu memberi cadangan yang bernilai dan berkaitan di mana dirasakan oleh peserta ia boleh dijadikan pandangan kumpulan.
6. Pentafsir, iaitu sebagai fasilitator yang meneroka makna dan penghuraian kepada pandangan dan cadangan yang diberi.
7. Penyelaras, iaitu sebagai penggabung antara cadangan dan pandangan serta menyatupadukan kumpulan.
8. Orienter, iaitu mendefinisikan kedudukan kumpulan dan matlamat kumpulan dalam membuat kesimpulan serta mengenal pasti jarak antara kedudukannya dengan matlamat yang dituju.
9. Penilai, iaitu menilai kebenaran, kesesuaian dan kegunaan sesuatu cadangan.
10. Pembekal Tenaga, iaitu orang yang membuat sesuatu bagi membolehkan kumpulan bertindak atau membuat keputusan dan mengerakkan kumpulan kepada aktiviti yang lebih baik atau ke taraf yang lebih tinggi.
11. Juru Teknik Prosedur, iaitu menunjukkan tugas biasa atau menentukan suasana yang selesa untuk berkumpul dan berbincang.
12. Pencatat, menulis dengan ringkas, tepat dan padat segala cadangan dan pandangan yang terhasil dalam perbincangan untuk dijadikan diari atau carta kerja kumpulan. Fasilitator akan menggunakan catatan ini untuk membuat rumusan dan kesimpulan.
Dengan peranan-peranan yang tercatat di atas kumpulan dan fasilitator harus ada dalam suatu ikatan yang kukuh dengan matlamat memperkukuh kumpulan supaya menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
Dipetik daripada: Bab 15 buku Panduan Menjadi Fasilitator Efektif
Entries (RSS)